Banyak syarikat gagal hantar penyata akaun

Headline: Banyak syarikat gagal hantar penyata akaun
Publication: HM
Date of publication: Jun 14, 2011
Section heading: Main Section
Page number: 012

KUALA LUMPUR: Masih banyak syarikat di negara ini gagal menghantar penyata akaun selepas rekod mendapati 87 peratus syarikat yang aktif di Malaysia memenuhi keperluan menghantar serah Penyata Tahunan dan akaun teraudit itu bagi membolehkan orang ramai serta warga korporat mengakses maklumat berkaitan dalam pangkalan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Jumlah itu hasil pengenalan Nota Amalan 1/2008 sejak tiga tahun lalu menyaksikan syarikat khususnya pihak terbabit secara langsung mula menitikberatkan aspek pengauditan akaun yang menjadi teras kepada penubuhan sesebuah syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Azmi Ariffin berkata, biarpun pada 2008 kadar pematuhan kedua-dua proses menyerahkan kedua-dua penyata itu menunjukkan trend penurunan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 12 peratus, jumlah itu semakin meningkat dari semasa ke semasa.